Pengikut Blog Ni

~ Tips untuk Pasangan Yang Cemburu Buta ~





Bl0gwalking… bl0gwalking…. Hari ini aishah nak beri pendapat tentang pasangan yang cemburu. Pepatah ada mengatakan cemburu tu tandanya sayang.. tapi sikap macam ni mesti kita elakkan.. k0rang tahu nape???  Sbb sikap cemburu  buta akan sebabkan pasangan kita tu jadi bosan, rimas and terkongkong.. (setuju tak ngan pendapat aishah ni  !!). Last2, masjid yang dipertahankan hingga ke hujung hayat roboh kat tengah jalan.. huhuhu…
Kat cni aishah ada beberapa tips nak kongsi ngan korang macam mana cara nak atasi pasangan yang cemburu buta ni.. macam consultant plak aishah ni.. maybe tips ni boleh bantu korang…
  1.  Jangan sesekali menipu / bohong pada pasangan anda sebab si cemburu buta ni memang payah nak percaya seseorang yang pernah bohong pada dia. Perlu diingat, sekali korang  buat kesilapan, pasangan korang akan terus anggap korang akan ulangi lagi..
  2.  Jangan sembunyikan sebarang rahsia dari pengetahuan pasangan korang. Ceritalah apa saja pada pasangan walaupun ianya menyakitkan hati pasangan korang. At least, pasangan korang tak kan tuduh korang yang bukan2.
  3.  Make sure pasangan korang tu kenal semua teman2 sepejabat, sedara-mara or mana2 kenalan korang supaya tak wujud sebarang perselisihan faham di kemudian hari.
   4.  Berterus terang tentang perasaan korang pada pasangan korang. Kalo korang  suka pendam perasaan, masalah akan tambah buruk dan tak wujud persefahaman antara satu sama lain.
  5.  Korang kenala sentiasa ucapkan kata saying dan penghargaan korang pada pasangan. Dengan cara ni, pasangan korang akan rasai betaoa hangatnya kasih sayang buat dirinya hingga dia tak akan terfikir korang sanggup duakannya.
  6.  Tunjukkan komitmen penuh korang pada pasangan dan anak2. Jadikanlah keluarga satu keutamaan sbb ia dapat sedarkan pasangan korang bahawa korang begitu setia pada dirinya dan keluarga.
  7.  Elakkan diri terlalu mesra dengan lelaki or perempuan yang bukan muhrim. Selain untuk elakkan fitnah,  ia juga penting untuk jaga hati dan perasaan pasangan korang
  8.  Kalo korang perlukan ruang untuk diri sendiri tanpa libatkan pasangan korang, korang explain la padanya supaya dia dapat fahaminya.
  9.  Korang kenalah sentiasa sabar layan kerenah pasangan korang. Berilah nasihat pada pasangan korang tu supaya dia berubah dengan cara yang paling lembut yang disulami ngan kasih sayang agar hatinya lebih tersentuh…
  10.  Sentiasa maafkan pasangan korang dan sedia terima kelemahan yang ada pada diri dia. Korang kena ingat, setiap insan ada kelemahan dan kekurangannya tersendiri..


Kepada mana2 punya pasangan yang cembuu tu boleh la ikuti tips2 yang aishah bagi ni.. manalah tau kot2 menjadi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.Lepas Baca, Bagilah Komen Yer!!..Satu Pun, Jadilah.