Pengikut Blog Ni

salam semua... lama tak menulis...

lama betul la tak menulis kat blog ni.... maklumla busy sgt kat ofis... skang ni musim amalan 5S... habis seluruh badanku letih dan penat... pada aku, 5S ni memang bagus dipraktikkan, tapi berlaku banyak pembaziran... kalo korang nak tau, amalan 5S ni telah lama dipraktikkan di kilang-kilang... Ianya telah diasaskan dari Negara Jepun...tengok anak-anak buat kerja ni, kesian plak... bukan diaorang tak boleh buat, tapi dia orang ni tak kreatif...nak kena tunjuk baru boleh jalan..

Alhamdulillah, berkat krjasama dari semua staff dan komitmen yang diberikan, aku rasa PPA Machang dah hampir 80 % mengamalkan amalan 5S ni.. So, aku harap sgt2 mudah-mudahan PPA Machang akan menjadi Instiusi Penjara pertama di antara Penjara Marang, dan Pengkalan Chepa yang alkan mendapat sijil 5S... chaiyok chaiyok PPA Machang... Do the best...hm, aku rasa nak stop kat cni dulu lar.. mata dah rasa ngantuk dah....

Hari Ibu Menjelma lagi...

sekarang dah masuk bulan Mei.... bulan ini merupakan bulan yang penuh bermakna bagi semua anak-anak... Hari Ibu.... selalunya bila tiba hari Ibu, saya dan adik-adik yang lain akan meraikan hari ini... biasanya kami akan mengadakan majlis makan bersama ahli keluarga yang lain... disamping itu, kami akan memberikan hadiah kepada ibu sebagai tanda kasih dan sayang kami kepada ibu... pada anda yang masih mempunyai ibubapa, jagalah mereka dengan penuh kasih sayang... janganlah anda mengabaikan mereka... tanpa mereka kita takkan lahir ke dunia ini... mereka mendidik, mengasuh, membelikan segala kelengkapan kita... memberikan kita ilmu yang cukup supaya kita menjadi seorang insan yang berjaya di dunia...
tapi... saya cukup sedih dan pilu bila mengenangkan nasib ibubapa yang diabaikan oleh anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari... bukan setakat diabaikan, malah ada sebahagian anak-anak telah menjadikan ibu mereka sebagai orang gaji... disuruh membuat kerja-kerja rumah, menjaga cucu... Ya Allah, tak terfikrkah mereka bahawa si ibu yang tua itu hanya perlu dijaga umpama bayi.. kenapa dibiarkan si ibu menjalankan kerja-kerja rumah ... dengan usia ibu yang telah lanjut, mereka sepatutnya membiarkan ibu mereka beristirehat sementara masih ibu...
Saya merayu kepada semua anak-anak, didiklah ibu kita semasa mereka masih hidup... jika tidak, tatkala kita kehilangan ibu yang tersayang, kita akan menyesal seumur hidup.. Ibu tiada galang gantinya dengan sesiapa pun di dunia ini.... Oh! Ibu...