Pengikut Blog Ni

Kesibukan melanda

Hm, lamanya tak menulis kat blog ni, kesibukan kerja membuatkan aku terlupa seketika untuk memuatkan coretanku .. maklumlah, kerja yang diberi kepada ku datang bertimpa-timpa... yang paling memenatkan minda dan fizikal aku ialah semasa menjadi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Ping Pong Penjara Malaysia, sebab Institusi tempat aku bekerja telah dipilih menjadi tuan rumah pada tahun ni.... Alhamdulillah, syukur pada Allah swt kerana penat lelah ku kini telah berakhir... Pada kejohanan baru-baru ni, aku telah diberi kepercayaan oleh Pengarah Institusi ini, iaitu Tuan Yasuhimi Yusoff untuk menjadi pengacara majlis pada majlis makan malam dan pentupan kejohanan...
Demi tuhan, aku langsung tiada pengalaman menjadi pengacara majlis.. Demi tugas, aku kuatkan hati dan semangat untuk melakukan yang terbaik untuk diriku dan juga jabatan... Nak menjadi seorang pengacara majlis yang baik, banyak cabaran yang perlu aku lakukan.. Bermula dengan menyediakan teks ucapan untuk Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Pengarahku sendiri. Korang tahu, bukan senang sebenarnya untuk menyediakan teks ucapan... macam nak pecah kepala memikirkan ayat yang sesuai untuk membina ucapan... ucapan yang kita buat juga mesti berkaitan dan tak melalut-lalut... Nasib baik aku sempat mencari contoh-contoh ucapan via laman web.
Pengalaman menjadi pengacara majlis baru2 ni membuatkan aku semakin petah berucap dan perasaan gementar semakin hilang.... satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan semasa mengendalikan majlis baru-baru ni ialah aku telah tersasul menyebut perkataan dalam loghat kelahiranku iaitu loghat terengganu... kah kah kah... nasib baik aku sempat control... tapi lepas majlis berakhir, adalah juga sorang dua yang datang jumpa aku tegur kesasulan aku tu... tapi diaorang kata, malam tu overall nya, aku mengacarakan majlis tu dengan baik sekali...
aku berharap kepada sesiapa yang ada pengalaman dan pengetahuan dalam mengacarakan majlis tak kirala samada rasmi/tak rasmi, boleh join blog ni untuk kita sama-sama berkongsi pendapat dan maklumat.... aku harap sangat akan ada orang dapat membimbing aku menjadi seorang pengacara majlis yang baik.
apapun, keseluruhan mengacarakan majlis pada kejohanan ping pong baru-baru ni telah membuatkan aku confident dan tidak lagi gentar apabila berhadapan dengan orang ramai...Syukur pada tuhan. Terima kasih kepada semua rakan-rakan setugas yang sama-sama membantu aku memerah otak untuk menghasilkan teks ucapan ini..

~~ni mengacara ke mengantuk? macam nak tido je.... :) :)
~ ~ sempat lagi posing sebelum mengacara majlis ~~


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.Lepas Baca, Bagilah Komen Yer!!..Satu Pun, Jadilah.