Pengikut Blog Ni

kembali menjadi student...

assalamualaikum semua.........
dah lama rasanya penaku tidak menulis... maklumlah skang ni sibuk sngat dngan aktiviti 5s... hm minggu lepas pulak, aku kembali  menjadi student setelah 7 tahun meninggalkan alam pengajian........ hm, aku kembali menjadi student di Universiti Sains malaysia, Pulau Pinang sebagai pelajar jarak jauh... 

sajer je buat pjj dalam bidang sains kemasyarakatan majoring sains politik... dengan era teknologi kini, pembelajaran amat perlu ... bukan saja untuk menambah ilmu pengetahuan malah dengan adanya ijazah, atleast aku boleh minta jawtan yang lebih baik... dengan kata lain mudah untuk naik pangkat... zaman sekaran ni kalau tak der ijazah, susah nak naik pangkat... nak tunggu ptk, ambil banyak kali pun belum tentu dapat naik... tambah2 dalam badan beruniform, peluang untuk dinaikkan pangkat agak tipis sbb terlalu ramai dan banyak persaingan.... 

korang semua, tolong doakan mudah2an aku dapat menghabiskan pengajianku dengan jayanya..... insyaallah, walau apa pun dugaan yang datang, akan ku cuba habiskan pengajianku ini dengan cemerlang.... Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.Lepas Baca, Bagilah Komen Yer!!..Satu Pun, Jadilah.