Pengikut Blog Ni

Hari Ibu Menjelma lagi...

sekarang dah masuk bulan Mei.... bulan ini merupakan bulan yang penuh bermakna bagi semua anak-anak... Hari Ibu.... selalunya bila tiba hari Ibu, saya dan adik-adik yang lain akan meraikan hari ini... biasanya kami akan mengadakan majlis makan bersama ahli keluarga yang lain... disamping itu, kami akan memberikan hadiah kepada ibu sebagai tanda kasih dan sayang kami kepada ibu... pada anda yang masih mempunyai ibubapa, jagalah mereka dengan penuh kasih sayang... janganlah anda mengabaikan mereka... tanpa mereka kita takkan lahir ke dunia ini... mereka mendidik, mengasuh, membelikan segala kelengkapan kita... memberikan kita ilmu yang cukup supaya kita menjadi seorang insan yang berjaya di dunia...
tapi... saya cukup sedih dan pilu bila mengenangkan nasib ibubapa yang diabaikan oleh anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari... bukan setakat diabaikan, malah ada sebahagian anak-anak telah menjadikan ibu mereka sebagai orang gaji... disuruh membuat kerja-kerja rumah, menjaga cucu... Ya Allah, tak terfikrkah mereka bahawa si ibu yang tua itu hanya perlu dijaga umpama bayi.. kenapa dibiarkan si ibu menjalankan kerja-kerja rumah ... dengan usia ibu yang telah lanjut, mereka sepatutnya membiarkan ibu mereka beristirehat sementara masih ibu...
Saya merayu kepada semua anak-anak, didiklah ibu kita semasa mereka masih hidup... jika tidak, tatkala kita kehilangan ibu yang tersayang, kita akan menyesal seumur hidup.. Ibu tiada galang gantinya dengan sesiapa pun di dunia ini.... Oh! Ibu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.Lepas Baca, Bagilah Komen Yer!!..Satu Pun, Jadilah.